Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung PBB lawat kawasan teruk dilanda banjir di Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Sabtu (10 Sep) melawat beberapa kawasan Pakistan yang teruk dilanda banjir sedang beliau menggulung lawatan kerja dua hari yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bencana itu.

Hujan musim tengkujuh dan glasier yang mencair di kawasan pergunungan di utara mencetuskan banjir yang mengorbankan lebih 1,391 nyawa, memusnahkan rumah, jalan raya, landasan kereta api, jambatan, haiwan ternakan dan tanaman.
Banyak kawasan di negara itu ditenggelami air dan ratusan ribu orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Pemerintah Pakistan menyatakan kehidupan hampir 33 juta penduduk terjejas. Pakistan menganggarkan kerosakan berjumlah AS$30 bilion (S$42 bilion)dengan pihak berkuasa negara itu serta Encik Guterres menyalahkan perubahan iklim sebagai punca bencana banjir tersebut.

Setiausaha Agung PBB tiba di wilayah Sindh pada Sabtu (10 Sep) sebelum mengunjungi kawasan yang paling teruk dilanda banjir semasa dalam perjalanan ke Balochistan, kawasan yang juga terjejas teruk.

"Sangat sukar untuk tidak berasa meruntun jiwa selepas mendengar gambaran terperinci mengenai tragedi ini,” kata Encik Guterres selepas tiba di wilayah Sindh, menurut video yang diterbitkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Shehbaz Sharif.

"Pakistan memerlukan bantuan kewangan yang besar. Ini bukan sekadar sikap murah hati tetapi adalah soal keadilan".

Video yang diterbitkan oleh Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb memaparkan Encik Guterres duduk bersebelahan dengan Encik Shehbaz yang melihat kawasan yang musnah akibat banjir daripada tingkap pesawat. "Tidak dapat dibayangkan," kata Encik Guterres.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan