Setiausaha Agung PBB kecam penggunaan peluru hidup di Iraq
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyelar tindakan pasukan keselamatan Iraq menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan antipemerintah di Baghdad.

BAGHDAD: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menyelar tindakan pasukan keselamatan Iraq menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan antipemerintah di Baghdad.
Beliau menyifatkan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang sangat membimbangkan.
Perhimpunan besar-besaran terus menggemparkan ibu kota Iraq dan di bahagian selatan negara itu.
Tunjuk perasaan tercetus pada 1 Oktober lalu kerana marah berhubung isu rasuah dan pengangguran tetapi bertukar menjadi tuntutan supaya seluruh sistem pemerintahan digantikan.
Keganasan itu menyebabkan hampir 280 orang terbunuh, dengan pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup Isnin lalu selepas hampir dua minggu menggunakan gas pemedih mata, tetapi tiada senjata, untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.
Encik Guterres meluahkan kebimbangan terhadap "angka korban dan jumlah mangsa yang cedera yang kian meningkat ketika tunjuk perasaan itu dilancarkan di Iraq".
“Laporan-laporan mengenai penggunaan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menggesa agar keganasan itu disiasat dengan menyeluruh dan mengulangi rayuan supaya dialog diadakan antara pemerintah dengan para penunjuk perasaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.