Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung PBB gesa tapak suci Baitulmakdis dihormati

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung PBB gesa tapak suci Baitulmakdis  dihormati

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres. (Gambar: AFP)


NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan keprihatinan berhubung ketegangan yang terus memuncak di Baitulmakdis.

Ini menyusuli pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat (15 Apr).

Encik Guterres mengulangi gesaannya agar status quo di tapak suci di Baitulmakdis ditegakkan dan dihormati.

Sementara itu, ratusan orang mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Jordan, Amman bagi menunjukkan perpaduan dengan rakyat Palestin.

Lebih 150 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan polis Israel di kawasan Masjid Al-Aqsa semalam.

Ia merupakan pertempuran yang pertama di tapak suci tersebut sejak permulaan Ramadan.

Pertempuran itu tercetus setelah tiga minggu keganasan maut berlaku di Israel dan Tebing Barat yang dicerobohi.

Ia juga berlaku ketika sambutan perayaan Paskah Yahudi dan Easter Kristian bertindih dengan bulan suci Ramadan bagi umat Islam.

Sumber : Agensi berita/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan