Setiausaha Agung PBB dihalang masuk ke Israel
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Israel pada Rabu (2 Okt) mengisytiharkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres "persona non grata", melarangnya daripada memasuki negara itu kerana gagal mengutuk serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.
"Sesiapa sahaja yang tidak boleh mengutuk secara terang-terangan serangan kejam Iran ke atas Israel tidak layak menjejakkan kaki di bumi Israel. Ini ialah Setiausaha Agung anti-Israel yang memberikan sokongan kepada pengganas, perogol, dan pembunuh," kata Menteri Luar Israel Katz dalam satu kenyataan.
"Israel akan terus mempertahankan rakyatnya dan menegakkan maruah negaranya, dengan atau tanpa Guterres," katanya.
Iran melepaskan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa (1 Okt) di tengah-tengah peningkatan pertempuran antara proksinya di Lubnan, Hezbollah dan Israel.
Banyak peluru yang di pintas di udara, namun ada yang menembusi pertahanan peluru berpandu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pada Selasa, Encik Guterres mengeluarkan kenyataan ringkas yang hanya merujuk "serangan terbaharu di "Timur Tengah" dan mengutuk konflik "dengan peningkatan demi peningkatan."

Sumber : Reuters/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.