Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung PBB akan bertemu Putin di Moscow

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan melawat Moscow pada 26 April dan dijadual bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung PBB akan bertemu Putin di Moscow

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres. (Gambar fail: AP/Michael Sohn)

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan melawat Moscow pada 26 April dan dijadual bertemu dengan Presiden Vladimir Putin.

Selain itu, beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat kerja dan menghadiri jamuan tengah hari dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, lapor Agensi Berita Xinhua memetik jurucakap Stephane Dujarric.

"Setiausaha Agung itu berkata, pada masa yang mencabar dan berisiko ini, beliau ingin membincangkan langkah-langkah segera untuk mewujudkan keamanan di Ukraine dan masa depan multilateralisme berdasarkan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

"Beliau berkata Ukraine dan Rusia adalah ahli pengasas PBB dan sentiasa menjadi penyokong kuat organisasi itu," kata jurucakap itu.

Encik Guterres pada Selasa (19 Apr) menggesa bagi gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Ukraine untuk membolehkan pembukaan koridor bantuan kemanusiaan ketika perayaan kristian ortodoks.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan