Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung PAS yakin calon PRN Melaka mampu buat kejutan, pancing pengundi muda

Lapan wakil PAS yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda, kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung PAS yakin calon PRN Melaka mampu buat kejutan, pancing pengundi muda

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Takiyuddin Hassan. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 05:24PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 05:26PM

PUTRAJAYA: Lapan wakil PAS yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda, kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu berkata kesemua calon PAS itu datang daripada pelbagai latar belakang, namun mempunyai ‘satu sasaran’ iaitu membawa kemenangan kepada parti di bawah ‘payung’ Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu (6 Nov) mengumumkan gabungan itu akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa PRN Melaka, dengan 15 kerusi diwakili Bersatu, PAS (lapan) dan Gerakan (lima).

Lapan kerusi yang ditandingi PAS adalah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Duyong, Serkam dan Merlimau.

“Saya optimis mereka boleh bantu PAS untuk capai kemenangan kalau tidak 100 peratus pun, sekurang-kurangnya dapat tarik pengundi muda dan buat kejutan,” kata Encik Takiyuddin kepada para wartawan selepas menghadiri Majlis Penganugerahan ‘Product Safety Award’ 2021 di Putrajaya hari ini (9 Nov).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November. Ini menyusuli pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan