Setiausaha Agung PAS sahkan kesediaan parti bekerjasama dengan Dr Mahathir
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
KUALA LUMPUR: PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Agungnya,Takiyuddin Hassan menyifatkan, kesediaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan itu mewakili PN secara keseluruhannya.
"Kita (PAS) sebahagian daripada PN... bila pengerusi PN kata (sedia kerjasama), kita (PAS) siap kerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat sama untuk kestabilan negara, kestabilan ekonomi... tak ada masalah.
"Termasuk (Dr Mahathir)...dia adalah negarawan," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Ahli Parlimen PN pada Isnin (5 Jun), lapor Sinar Harian.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Razali Idris sebelum itu menyifatkan keterbukaan Dr Mahathir dan Encik Muhyiddin untuk bekerjasama semula disifatkan sebagai langkah baik yang mampu memberi kekuatan kepada PN bagi menghadapi PRN.

Namun perkembangan mengenai hasrat terbuka itu belum dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.
Mengulas lanjut, Encik Takiyuddin bagaimanapun berkata, kerjasama dengan Dr Mahathir tidak dilihat semata-mata untuk menghadapi PRN.
"Jika dilihat semula, PAS sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan (Dr Mahathir).
"Semasa beliau jadi Perdana Menteri bersama PH (Pakatan Harapan) dulu pun... malahan PAS pernah buat kenyataan untuk menyokong usul undi percaya terhadap Tun," katanya, dipetik daripada Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.