Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung OIC gesa Israel tamatkan pencerobohan maut di Gaza

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel.

Dalam perutusan Aidilfitrinya, Encik Taha berkata: “Hatinya bersimpati dengan rakyat Palestin yang menderita di bawah pencerobohan kejam yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap pasukan pendudukan Israel yang tidak memberi ruang kepada rakyat untuk bersolat atau bahkan menyambut bulan puasa Ramadan dengan aman".

Beliau berkata sebaliknya, pasukan tentera telah memperhebatkan pembunuhan dan pemusnahan mereka, menyebabkan berjuta-juta orang di wilayah itu kelaparan.

Beliau berdoa kepada Allah untuk menghapuskan rasa kesedihan itu, menamatkan krisis dan pencerobohan dan melindungi Masjid Al-Aqsa yang diberkati, menurut satu kenyataan di laman web OIC.

Encik Taha juga mengulangi solidaritinya dengan golongan pelarian Rohingya dan umat Islam lain di pelbagai bahagian dunia, termasuk wilayah Sahel dan Lembah Chad dan umat Islam Jammu dan Kashmir serta kawasan-kawasan krisis lain di seluruh dunia yang sambutan Aidilfitri mereka telah terjejas oleh keadaan mereka yang sukar.

Beliau juga berharap peperangan akan berakhir di Sudan.

Selain itu, ketua OIC juga menyeru untuk menamatkan semua kebencian, keganasan, ekstremisme dan pengganasan

Beliau menyatakan harapannya bahawa kesempatan ini akan menjadi peluang untuk penilaian semula diri dan kesinambungan tindakan kolektif yang serius untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh seluruh umat Islam.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan