Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Setiausaha Agung DAP dakwa pengundi Melayu tidak lagi percaya kepada UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Agung DAP dakwa pengundi Melayu tidak lagi percaya kepada UMNO

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke Siew Fook (Gambar: Agensi berita)

TAMPIN: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Anthony Loke Siew Fook mendakwa pengundi Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO apabila Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi masih bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Demikian menurut laporan Sinar Harian. 

Pengundi Melayu, kata Encik Loke, berasakan UMNO tidak lagi relevan dan tidak amanah untuk mengetuai pentadbiran dalam kerajaan.

"Dalam pengetahuan saya, tak pernah dalam sejarah UMNO pengumuman calonnya tidak lengkap.

"Saya tak pernah dengar menteri UMNO digugurkan dan tutup bilik gerakan," katanya ketika berucap semasa Jelajah Anwar Ibrahim Ke Negeri Sembilan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada Isnin (7 Nov). 

Tambah beliau lagi, Barisan Nasional (BN) hari ini tidak sama seperti BN yang dahulu kerana yang tinggal dalam parti itu hanya UMNO manakala MCA dan MIC dilihat seperti 'separuh mati'.

Ujar Encik Loke, beliau percaya masyarakat Cina tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA, begitu juga masyarakat India terhadap MIC.

"MCA memang dah tak relevan lagi kepada orang Cina dan BN hanya tinggal satu 'badan', tiada lagi 'tangan dan kaki'.

"MIC pula cukup berdrama dan cakap nak boikot pilihan raya, tapi tak sampai 24 jam, kembali semula kepada UMNO. Calon PH dari kaum India jauh lebih ramai daripada calon India yang diletakkan MIC," Sinar Harian memetik kata-kata Encik Loke.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan