Setiap kementerian Indonesia digesa sediakan kenderaan elektrik di Nusantara
Anggaran Waktu Membaca:

Reka bentuk daerah pemerintah di ibu kota baharu Indonesia, Nusantara. (Gambar: Penguasa Bandar Ibu Kota Nusantara)
SEMARANG: Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi menggesa kementerian-kementerian di negara itu supaya mendapatkan kenderaan elektrik bagi tujuan menjalankan operasi di ibu kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Demikian seruan Encik Sumadi pada Ahad (17 Jun).
"Sudah tentu menteri, eselon I dan eselon II yang bertugas di IKN mesti menggunakan kenderaan elektrik," jelas Menteri Sumadi, dipetik daripada agensi berita Antara.
Sasaran dalam Pelan Induk IKN ialah sekurang-kurangnya 80 peratus mobiliti atau perjalanan di Nusantara melalui pengangkutan awam dan 90 peratus di kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi.
Tambahan pula, pelan induk tersebut juga menyatakan semua penduduk tinggal dalam kawasan garis pusat 10 minit dari tempat pengangkutan awam, sekali gus menekankan prinsip pelepasan sifar dalam pengangkutan awam dan kenderaan persendirian, menurut Antara.
Ini selain mewujudkan laluan langsung dan hab strategik di tempat-tempat bersepadu bagi menyokong mobiliti di bandar tersebut, lapor Antara.
Justeru, ia mewujudkan dasar dan peraturan seperti subsidi bagi para pengguna pengangkutan awam, sistem pembayaran bersepadu untuk pengangkutan awam jalan raya dan kereta api, dan rangka kerja untuk merancang, mengurus, dan memantau sistem pengangkutan bandar.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.