Skip to main content

Dunia

Setelah beberapa penangguhan, perbicaraan kes rasuah Najib dimulakan

 Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak akan dibicarakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada Rabu (3 Apr) atas skandal kewangan melibatkan berbilion dolar yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan gabungannya tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Setelah beberapa penangguhan, perbicaraan kes rasuah Najib dimulakan

Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 03 Apr 2019 08:31AM Dikemas Kini : 03 Apr 2019 08:34AM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak akan dibicarakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada Rabu (3 Apr) atas skandal kewangan melibatkan berbilion dolar yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan gabungannya tahun lalu.

Encik Najib, 65 tahun, akan menghadapi beberapa siri perbicaraan dengan yang pertama atas dakwaan berhubung pembabitan beliau dalam kes pengubahan wang haram daripada 1Malaysia Development Berhad - sebuah dana pelaburan negara yang ditubuhkan untuk membangunkan ekonomi negara itu.

Mantan Perdana Menteri Malaysia itu bersama kuncu-kuncunya dituduh menggelapkan wang dana 1MDB bernilai berbilion dolar dan membelanjakannya untuk segala macam benda dari hartanah mewah hingga ke karya-karya seni.

Bagi perbicaraan mahkamah hari ini, Encik Najib akan menghadapi tujuh pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung dakwaan penyelewengan sekitar RM42 juta (S$13.9 juta) daripada SRC International.

Hanya sebahagian kecil daripada wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB dan ratusan juta dolar dipercayai dimasukkan ke dalam akaun Encik Najib sahaja.

Beliau bagaimanapun menolak sebarang salah laku.

Kes rasuah berprofil tinggi ini sepatutnya dibicarakan pada bulan Februari namun rayuan oleh pasukan peguam bela beliau mengenai perkara-perkara prosedur menyaksikan kesnya ditangguhkan sehingga seorang hakim, pada minggu lalu, memutuskan bahawa perbicaraan itu harus diteruskan.

Media tempatan melaporkan Najib memfailkan permohonan pada Isnin 2 April untuk sekali lagi menangguhkan kes perbicaraannya namun percubaan itu gagal.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita