Sesi pertama dialog awam pada Khamis ini, kata Carrie Lam
Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam berkata sesi pertama dialog awam secara terbuka yang dijanjikannya berlangsung pada Khamis ini.

Ketua Eksekutif Hong Kong di sidang media pada 13 Ogos (Gambar: AFP)
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam berkata sesi pertama dialog awam secara terbuka yang dijanjikannya berlangsung pada Khamis ini.
Dalam sidang media mingguannya pagi tadi (24 Sep) Cik Lam berkata lebih 20,000 sudah mendaftar untuk menyertai dialog itu dan 150 orang akan dipilih.
Cik Lam berharap dialog itu akan berlangsung secara aman dan berjanji akan mendengar dengan baik pandangan dari para peserta.
Dialog itu diadakan dalam usaha pemerintah Hong Kong hendak menamatkan bantahan anti pemerintah yang berlarutan sejak Jun lalu.
"Saya berpendapat jika pada malam Khamis ini, kita dapat mengadakan sesi dialog dua jam dengan 150 orang awam yang menghabiskan masa dua jam dengan kami, bertukar-tukar pandangan dan memberikan idea-idea secara santai, jujur, ia boleh dianggap sebagai satu dialog yang berjaga.
"Tidak mungkin satu kata sepakat dapat dicapai selepas semua ketegangan yang berlaku dalam masyarakat tetapi bagi saya ia satu langkah ke hadapan," kata Cik Lam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.