Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sesi Parlimen khas bincang langkah cegah, urus banjir di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengadakan sesi Parlimen khas pada Khamis (20 Jan) bagi membincangkan isu banjir yang melanda negara itu bulan lalu, menyebabkan kerugian sekitar S$1.5 bilion.

Para Ahli Parlimen akan membincangkan usaha-usaha bantuan serta langkah-langkah pencegahan dan pengurusan banjir.

Pada 17 Disember tahun lalu, cuaca buruk menyebabkan hujan lebat selama tiga hari di Semenanjung Malaysia. Akibatnya, banjir melanda lapan buah negeri dengan lebih 50 korban jiwa.

Puluhan ribu penduduk juga terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) dengan kejadian tanah runtuh memburukkan lagi keadaan.

Dengan penduduk kampung perlu menyambung semula kehidupan mereka, ada segelintir yang tidak bernasib baik.

"Isu-isu kepala air ini mungkin terjadi di satu tempat yang kita tidak sangkakan akibat daripada faktor pembinaan di cerun-cerun bukit dan aktiviti-aktiviti pembalakan," kata Ketua Operasi Bomba Bentong Zambri Abdul Ghani.

Encik Zambri menambah usaha meningkatkan kesedaran, sistem amaran awal dan latihan keselamatan juga amatlah penting.

Sementara itu, kaum orang asli yang menetap berdekatan sungai di Ulu Langat amat risau tentang masa depan mereka.

"Datang daripada atas macam satu letupan, batu besar yang runtuh. Ini naga hendak datang. Moyang kita kata ini baru anak dia kalau betul dia hendak datang, habis rasanya satu kampung ini," ujar Azroi Aba, orang asli di Ulu Langat.

Para pakar risiko banjir mengatakan kerajaan Malaysia perlu melakukan lebih banyak lagi untuk mempersiapkan Malaysia menghadapi kesan perubahan iklim.

Daripada 189 muara sungai di Malaysia, hampir separuh berkemungkinan mengalami banjir dan lebih 10 peratus penduduk menetap di kawasan-kawasan berkenaan.

Ramai juga berharap para penggubal dasar yang bertikai akan dapat bekerjasama apabila berdepan dengan masalah banjir pada masa depan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan