Seruan Agong banteras rasuah akan dilaksanakan dengan tegas oleh Kerajaan Madani: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
SERDANG: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan seruan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dengan tegas.
Encik Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan seruan Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada Isnin (19 Jan) sebagai jelas dan berprinsip.
“(Titah Yang di-Pertuan Agong) jelas dan baik, (kerajaan) akan melaksanakannya dengan tegas,” katanya ringkas kepada para wartawan selepas berucap di Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, pada Isnin (19 Jan).
Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan dengan menyeru agar amalan rasuah diperangi secara besar-besaran serta menegaskan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilindungi daripada tindakan undang-undang.
Agong menegaskan usaha membanteras rasuah tidak boleh tertumpu kepada penerima rasuah semata-mata, sebaliknya pemberi rasuah, ejen serta mana-mana pihak yang bersubahat turut perlu disiasat dan dikenakan tindakan tegas.
Selain itu, Sultan Ibrahim menekankan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, khususnya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.
Beliau turut menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan negara.

SERUAN AGONG DIAMBIL SERIUS
Sementara itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF)Malaysia akan menjadikan seruan Agong sebagai pegangan utama bagi memastikan insiden salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berulang.
Menterinya Mohamed Khaled Nordin berkata peringatan tegas Agong dipandang serius bagi menjamin integriti pasukan keselamatan negara sentiasa terpelihara, sekali gus mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan.
“Kita (MINDEF) menjunjung kasih akan titah serta peringatan tersebut. Kita akan pastikan ia menjadi pegangan agar apa yang kita lalui (isu penyelewengan) pada tahun lepas dan sebelum ini tidak berlaku lagi.
“Sebab itu dalam amanat tahun baharu, saya telah gariskan lapan pandangan dan pendekatan tindakan bagi memastikan ketirisan serta salah guna kuasa dapat dihindari sepenuhnya,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah SASaR Residensi Sateria Sungai Besi semalam.
Sultan Ibrahim dalam ucapannya menzahirkan rasa kecewa menysuli kes rasuah yang berlaku dalam ATM hingga ke peringkat tertinggi.
Pada Khamis lalu, media melaporkan seramai 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan itu berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.