Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS seru sokongan sekutu terhadap sekatan ke atas China berhubung perang Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
AS seru sokongan sekutu terhadap sekatan ke atas China berhubung perang Ukraine

Bendera kedua-dua negara China dan Amerika Syarikat. (Gambar fail: Reuters/Hyungwon Kang)

Diterbitkan : 02 Mar 2023 10:02AM Dikemas Kini : 02 Mar 2023 10:03AM
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meminta pandangan sekutunya yang rapat tentang kemungkinan menguatkuasakan sekatan baru ke atas China, sekiranya Beijing menyediakan bantuan ketenteraan kepada Rusia bagi peperangan di Ukraine.

Demikian menurut empat pegawai AS dan sumber lain.

Rundingan itu, yang masih berada di peringkat awal, bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai negara, terutama negara-negara G7, bagi menyelaraskan sokongan bagi sebarang kemungkinan sekatan.

Setakat ini masih belum jelas apakah perincian sekatan yang akan diusulkan Washington. Perbincangan itu tidak didedahkan sebelum ini.

Rumah Putih dan Jabatan Perbendaharaan AS, iaitu agensi yang menerajui penguatkuasaan sekatan, enggan mengulas.

Washington dan sekutu-sekutunya menyatakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa China sedang mempertimbangkan untuk menyediakan senjata kepada Rusia, yang mana dinafikan oleh Beijing. Pembantu-pembantu kepada Presiden AS Joe Biden belum mendedahkan sebarang bukti secara terbuka.

Mereka juga memberi amaran kepada China secara langsung supaya tidak berbuat demikian, termasuk dalam mesyuarat antara Encik Biden dan Presiden China Xi Jinping dan semasa mesyuarat antara Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan diplomat tertinggi China Wang Yi pada 18 Februari lalu di luar sidang persidangan keselamatan global di Munich.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan