Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serbia enggan sertai NATO, tegas Presiden Aleksandar Vucic

Anggaran Waktu Membaca:
BELGRADE: Presiden Aleksandar Vucic pada Jumaat (3 Feb) berkata Serbia tidak akan menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Beliau berkata demikian pada hari kedua sesi khas Perhimpunan Serbia yang membincangkan secara menyeluruh Rancangan Franco-Jerman yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) secara menyeluruh untuk menyelesaikan isu Kosovo.

"Serbia tidak mahu menyertai NATO. Serbia mahu mengekalkan dan mengukuhkan neutraliti tenteranya. Terdapat perbezaan besar antara integrasi Eropah dan integrasi Atlantik,'' menurut beliau seperti dilapor oleh agensi berita Anadolu.

Beliau berkata Serbia akan menghalang Kosovo daripada menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan yakin boleh merealisasikannya.

Ahli Parlimen telah menerima pakai laporan pemerintah mengenai rundingan dengan Kosovo dari September 2022 hingga pertengahan Januari 2023.

Laporan itu menerima undian 153 menyokong, 23 lagi membantah manakala sembilan berkecuali ketika perbahasan mengenainya diadakan di Parlimen yang dihadiri oleh 183 Ahli Parlimen.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Serbia pada 2008 dengan kebanyakan negara anggota PBB termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Turkiye mengiktirafnya sebagai negara autonomi yang berasingan daripada jirannya.

Bagaimanapun, Belgrade terus menganggap Kosovo sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan