Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serbia dan Kosovo setuju jalin semula hubungan ekonomi

Serbia dan Kosovo bersetuju untuk menjalin semula hubungan ekonomi - lebih 10 tahun selepas Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia pada 2008.

Anggaran Waktu Membaca:
Serbia dan Kosovo setuju jalin semula hubungan ekonomi

Presiden AS Donald Trump. (Gambar fail: Tom Brenner/REUTERS)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 07:45PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 07:52PM

WASHINGTON: Serbia dan Kosovo bersetuju untuk menjalin semula hubungan ekonomi - lebih 10 tahun selepas Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia pada 2008.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyifatkan perjanjian itu sebagai suatu kejayaan besar.

Semasa pertemuan dengan pemimpin kedua-dua negara, Encik Trump mendedahkan bahawa Serbia komited untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmakdis.

Kosovo dan Israel pula bersetuju untuk menjalin hubungan diplomatik.

Presiden Serbia Aleksander Vucic berkata masih ada banyak perbezaan antara negaranya dengan Kosovo, namun perjanjian tersebut adalah langkah jauh ke depan.

Perdana Menteri Kosovo Avdullah Hoti pula berharap, kedua-dua negara akan mengiktiraf satu sama lain.

Presiden Trump, yang bakal bertanding dalam pilihan raya Presiden pada November ini, sedang berusaha untuk membuktikan kemahirannya mencapai persetujuan di peringkat antarabangsa.

Baru-baru ini beliau turut mengumumkan satu perjanjian untuk memulihkan perhubungan antara Israel dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber : Agensi berita/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan