Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serbia bakal pindah kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmakdis, dedah Netanyahu

Serbia akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmakdis sekali gus menjadi negara pertama Eropah mengikut tindakan sama yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, pada Jumaat (4 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Serbia bakal pindah kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmakdis, dedah Netanyahu

Encik Benjamin Netanyahu menyampaikan ucapan pada 10 Sep (Gambar: Reuters/Amir Cohen)

Diterbitkan : 05 Sep 2020 10:06AM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 10:08AM

BAITULMAKDIS: Serbia akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmakdis sekali gus menjadi negara pertama Eropah mengikut tindakan sama yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, pada Jumaat (4 Sep).

"Saya berterima kasih kepada sahabat saya, Presiden Serbia... atas keputusan untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaannya ke sana," kata Netanyahu sambil memaklumkan langkah kontroversil itu akan dilaksanakan menjelang Julai 2021.

Presiden Serbia Aleksandar Vucic ketika hadir di Rumah Putih pada 4 Sep 2020. (Gambar: AFP)

(Presiden Serbia Aleksandar Vucic ketika hadir di Rumah Putih pada 4 Sep 2020. Gambar: AFP)

Secara tradisi, kebanyakan misi diplomatik di Israel ditempatkan di Tel Aviv sebagai pendekatan neutral negara terlibat sehingga status Baitulmakdis diselesaikan menerusi perjanjian damai Israel-Palestin.

Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memecahkan tradisi itu pada Disember 2017 dengan mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke bandar berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU), rakan kongsi ekonomi utama Israel, menegaskan status Baitulmakdis mesti dimuktamadkan melalui rundingan antara Israel dengan Palestin dan sebelum perkara itu selesai, negara-negara lain tidak harus menempatkan kedutaan mereka di sana.

Berita mengenai langkah Serbia, yang bukan negara anggota EU itu, seiring pengumuman Trump pada Jumaat bahawa Serbia dan Kosovo bersetuju dalam satu perjanjian bersejarah untuk menjalin hubungan ekonomi.

Dalam pada itu, Netanyahu juga mengucapkan terima kasih kepada Trump atas keputusan Serbia untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmakdis.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya, Presiden Trump, atas sumbangan kepada pencapaian ini," katanya dalam satu kenyataan.

Netanyahu turut mengumumkan bahawa Israel sudah menjalin hubungan diplomatik dengan Kosovo yang mencapai kemerdekaan daripada Serbia pada 2008.

"Kosovo akan menjadi negara berpenduduk majoriti Muslim yang pertama membuka kedutaan di Baitulmakdis," kata Netanyahu dalam kenyataannya.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan