Serangan udara Myanmar ragut 10 nyawa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP)
BANGKOK: Satu serangan udara oleh tentera Myanmar di sebuah kampung meragut 10 nyawa, menurut penduduk tempatan dan laporan media pada Rabu (28 Jun).
Pertempuran yang berlaku sejak rampasan kuasa pada 2021 sudah memusnahkan sebahagian besar Myanmar, di mana junta memerangi pemberontak etnik dan berpuluh "Tentera Pertahanan Rakyat" di merata negara itu.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh pihak tentera melakukan pembunuhan di luar kuasa undang-undang, memusnahkan kampung dan menggunakan serangan udara sebagai balasan terhadap penentangnya.
Sebuah jet tentera melepaskan tiga bom di kampung Nyaung Kone di wilayah utara Sagaing pada Selasa petang (27 Jun), menurut Zaw Tun, seorang pejuang antirampasan kuasa dari kampung itu.
Sepuluh individu dibunuh dan lapan lagi cedera, tambahnya.
"Tiada pertempuran berlangsung, namun mereka datang untuk mengebom kampung ini," katanya kepada AFP dan menambah bahawa 11 buah rumah dimusnahkan ketika serangan berlaku.
Pada April, tentera Myanmar mengebom satu perhimpunan di Sagaing, di mana pihak media dan penduduk tempatan berkata ia menyebabkan kematian kira-kira 170 orang. Insiden tersebut mencetuskan lagi kecaman global terhadap junta yang diasingkan pemimpin dunia.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.