Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan udara Israel ke Gaza berterusan buat hari kedua

Serangan udara Israel ke atas Gaza berterusan buat dua hari berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan udara Israel ke Gaza berterusan buat hari kedua

Bangunan-bangunan di Gaza pada 4 Mei 2019. (Suhaib Salem/REUTERS)

Diterbitkan : 05 May 2019 07:47PM Dikemas Kini : 05 May 2019 07:57PM

GAZA: Serangan udara Israel ke atas Gaza berterusan buat dua hari berturut-turut.

Ini selepas kumpulan bersenjata di Gaza melancarkan lebih 400 roket ke arah Israel, dalam keganasan paling buruk antara Israel dengan Palestin, sejak sekian lama.

Enam warga Palestin maut termasuk seorang wanita hamil dan bayinya manakala sebuah roket yang gugur di bandar Askelon, meragut nyawa seorang rakyat Israel.

Sebagai tindak balas, tentera Israel melancarkan lebih 200 serangan udara ke atas sasaran-sasaran militan di Gaza.

Pihak berkuasa Israel juga menutup kawasan sempadannya dengan Gaza di Erez dan Kerem Shalom serta zon perikanan di Carikan Gaza.

Keganasan terbaru tersebut berlaku menjelang bermulanya bulan Ramadan esok (6 Mei).

Sumber : Reuters/AA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan