Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas, tegas PBB
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jaafar ASHTIYEH / AFP)
GAZA: Sebahagian besar daripada 11 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Tebing Barat antara 24 hingga 30 Disember lalu adalah akibat serangan udara Israel.
Menurut laporan terkini Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dua wanita dan dua kanak-kanak termasuk dalam kalangan mereka yang terbunuh.
Hampir 50 yang lain cedera, termasuk 19 kanak-kanak dan empat wanita.
Insiden itu sekali gus mencerminkan penggunaan kekerasan yang keterlaluan oleh Israel di wilayah tersebut.
Jelas OCHA, lapan daripada 11 mangsa maut dalam serangan udara Israel.
Selain itu perkhidmatan asas seperti pendidikan, bekalan air dan kesihatan di kem pelarian Jenin terjejas hampir sebulan.
Di kem pelarian Tulkarem dan Nur Shams, operasi ketenteraan Israel selama dua hari berturut-turut telah merosakkan lebih 1,000 unit rumah.
Tindakan itu menyebabkan 94 individu daripada 21 keluarga kehilangan tempat tinggal.
Laporan OCHA turut mendedahkan tahun 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam tempoh hampir dua dekad.
Kira-kira 4,250 penduduk dilaporkan kehilangan rumah dan 1,760 infrastruktur dimusnahkan.
Selain itu, sebanyak 1,400 insiden melibatkan peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur juga direkodkan sepanjang tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.