Skip to main content

Dunia

Serangan tentera Rusia di Idlib paksa penduduk Syria larikan diri ke Turki

Sebuah kumpulan bantuan Turki memasang khemah-khemah baru kerana menjangkakan ketibaan lebih ramai pelarian dari Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan tentera Rusia di Idlib paksa penduduk Syria larikan diri ke Turki

IHH yang berpangkalan di Turki menyatakan 120,000 rakyat Syria sedang melarikan diri ke sempadan Turki. (Gambar: Aref Tammawi/AFP)

Diterbitkan : 24 Dec 2019 09:37PM Dikemas Kini : 24 Dec 2019 09:40PM

HARANABUSH, SYRIA: Sebuah kumpulan bantuan Turki memasang khemah-khemah baru kerana menjangkakan ketibaan lebih ramai pelarian dari Syria.

Menurut laporan, serangan-serangan baru yang disokong tentera Rusia di Idlib menyebabkan puluhan ribu penduduk wilayah barat laut Syria itu melarikan diri menuju Turki.

Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpangkalan di Turki menyatakan 120,000 rakyat Syria sedang melarikan diri ke sempadan Turki. Jumlah itu lebih tinggi daripada anggaran Presiden Recep Tayyip Erdogan, iaitu seramai 80,000 pelarian.

Seorang penasihat IHH berkata yayasan itu mula membahagi-bahagikan 20,000 makanan kepada para pelarian baru dari Syria.

Turki kini menampung kira-kira 3.7 juta pelarian Syria iaitu yang paling ramai di dunia.

Pada Ahad (22 Dis), Presiden Erdogan berkata negaranya tidak lagi boleh menampung lebih ramai pelarian baru dari Syria. Beliau menggesa Rusia supaya berhenti melakukan serangan-sarangan di Idlib. 

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita