Serangan tembakan Kanada: 9 daripada 22 mangsa maut dalam kebakaran dicetus suspek
Sembilan daripada mangsa yang terbunuh di wilayah Nova Scotia di Kanada awal bulan ini dalam satu serangan tembakan beramai-ramai, maut dalam kebakaran beberapa rumah yang dicetuskan oleh lelaki bersenjata berkenaan, menurut polis Kanada kepada wartawan pada Selasa (28 Apr).
(Gambar: APTN)
NOVA SCOTIA: Sembilan daripada mangsa yang terbunuh di wilayah Nova Scotia di Kanada awal bulan ini dalam satu serangan tembakan beramai-ramai, maut dalam kebakaran beberapa rumah yang dicetuskan oleh lelaki bersenjata berkenaan, menurut polis Kanada kepada wartawan pada Selasa (28 Apr).
Suspek, Gabriel Wortman, 51 tahun, juga membunuh haiwan-haiwan peliharaan, kata Polis Berkuda Kanada Diraja (RCMP) ketika memberi perkembangan terkini siasatan mereka terhadap pembunuhan itu. Serangan tembakan itu berlarutan selama 13 jam pada 18 dan 19 Apr di wilayah Atlantik di Nova Scotia sebelum Wortman ditembak mati oleh polis.
Lebih daripada 400 saksi dikenal pasti dan lebih daripada separuh ditemu bual, menurut polis, meskipun mereka belum lagi menentukan motif pembunuhan.
Wortman berjaya mengelakkan dari ditangkap selepas polis menjawab panggilan kecemasan pertama di Portapique, sebuah daerah luar bandar berhampiran kawasan pantai yang mempunyai sekitar 100 penduduk. Selepas bersembunyi di kawasan perindustrian semalaman, Wortman meneruskan serangan tembakan itu pada keesokan pagi, kata polis pada Selasa.
Lelaki bersenjata itu memulakan serangan itu setelah menyerang teman wanitanya, yang berjaya melarikan diri daripadapnya dan merupakan saksi utama, kata polis pada minggu lalu.
Siasatan polis tertumpu kepada bagaimana Wortman dapat memperolehi senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu dan jika ada sesiapa membantunya atau tahu akan rancangannya itu.
Para mangsa pembunuhan termasuk seorang pegawai polis mapan, seorang guru dan jururawat.
"Meskipun lelaki bersenjata itu tidak akan dibicarakan, kami mempunyai tanggungjawab untuk menamatkan siasatan berdasarkan piawai sama jika dia dibicarakan," kata Superintenden RCMP Nova Scotia Darren Campbell.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.