Skip to main content

Dunia

Serangan tembakan Jerman disiarkan di Twitch selama 35 minit

Satu serangan anti-Yahudi yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang di bandar Jerman, Halle, pada Rabu, disiarkan secara langsung selama 35 minit, dan ditonton oleh sekitar 2,200 orang, menurut platform online Twitch.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan tembakan Jerman disiarkan di Twitch selama 35 minit

Serangan tembakan Jerman disiarkan di Twitch. (Gambar: Reuters/ATV Studio)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 09:58AM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:02AM

WASHINGTON: Satu serangan anti-Yahudi yang membunuh sekurang-kurangnya dua orang di bandar Jerman, Halle, pada Rabu, disiarkan secara langsung selama 35 minit, dan ditonton oleh sekitar 2,200 orang, menurut platform online Twitch.

"Pemilik akaun itu menyiarkan tindakan kejam itu secara langsung di Twitch selama 35 minit, yang ketika itu ditonton oleh sekurang-kurangnya lima orang," menurut platform permainan itu dalam satu catatan Twitter.

"Satu rakaman penstriman video itu, ditonton oleh sekitar 2,200 orang dalam tempoh 30 minit sebelum ia dikesan dan dipadamkan oleh Twitch," menurut platform itu, yang dimiliki oleh Amazon.

Menurut Twitch, akaun tersebut diwujudkan "sekitar dua bulan sebelum serangan itu disiarkan” dan hanya digunakan untuk tujuan penstriman sekali sebelum itu.

Cara yang digunakan penembak itu serupa dengan penyerang yang melancarkan serangan ke atas masjid di Chrischurch pada awal tahun ini.

Serangan tembakan New Zealand itu disiarkan secara langsung di Facebook pada Mac, yang menggesa pihak pemerintah untuk menambahkan tekanan terhadap rangkaian sosial untuk menghalang perbuatan kejam seperti itu daripada disiarkan di wadah masing-masing.

Canselor Jerman Angela Merkel mengutuk serangan tembakan pada Rabu, menurut jurucakapnya, sambil menambah rakyat Jerman berdiri teguh dengan masyarakat Yahudi pada hari Yom Kippur".

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita