Skip to main content

Dunia

Serangan siber jejas peti sejuk bank darah di Perancis, pasar raya di 8 negara Eropah

Tiga kemudahan bank darah serantau di Perancis terjejas akibat serangan siber yang menyasarkan sistem pemantauan dan kawalan suhu peti sejuk, pada masa yang sama penggodam menyerang pasar raya di beberapa negara Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan siber jejas peti sejuk bank darah di Perancis, pasar raya di 8 negara Eropah

Gambar ilustrasi stetoskop dan alat pengukur tekanan darah di Bordeaux, Perancis, pada 7 Januari 2015. (Gambar fail: REUTERS/Regis Duvignau)

Diterbitkan : 05 Nov 2026 06:49AM
Cyberattack disrupts blood bank refrigerators in France and supermarket refrigerators in eight European countries
  • A cyberattack between the night of Nov 1 and the morning of Nov 2 affected the temperature-monitoring systems of refrigerators at three regional blood bank facilities in France under EFS.
  • Staff immediately moved the blood supplies to refrigerators not connected to the network, so supplies were unaffected. France’s Ministry of Health announced on Nov 4 that the situation was under control after remote access was disconnected.
  • The attack also disrupted supermarket refrigerators in eight European countries, including Sweden and Belgium, forcing large quantities of food to be disposed of.
  • An investigation is examining the method used, the equipment involved and when it would be safe to restore operations. The incident also recalled one from the previous month and heightened EU concerns about the security of network infrastructure.
Dijana oleh AI

PARIS: Tiga kemudahan bank darah serantau di Perancis terjejas akibat serangan siber yang menyasarkan sistem pemantauan dan kawalan suhu peti sejuk, pada masa yang sama penggodam menyerang pasar raya di beberapa negara Eropah.

Kementerian Kesihatan Perancis menyatakan serangan itu berlaku antara malam Ahad (1 Nov) dengan pagi Isnin (2 Nov), melibatkan kemudahan di bawah Pertubuhan Darah Perancis (EFS).

Bagaimanapun, jurucakap EFS, Charley Dubois, berkata bekalan darah tidak terjejas kerana kakitangan yang bertugas sepanjang masa segera memindahkannya ke peti sejuk lain yang tidak disambungkan kepada rangkaian.

Pada masa yang sama, penggodam turut mengganggu sistem peti sejuk di pasar raya di 8 negara Eropah, termasuk Sweden dan Belgium, menyebabkan sejumlah besar makanan terpaksa dibuang.

Kementerian Kesihatan Perancis menyatakan keadaan sudah terkawal pada Rabu (4 Nov), selepas akses jarak jauh kepada peti sejuk yang terjejas dimatikan.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti kaedah serangan, peralatan yang terjejas serta masa yang sesuai untuk sistem beroperasi semula dengan selamat.

Serangan itu menyusuli kejadian serupa di Perancis bulan lalu, apabila penggodam mengambil alih sistem penyejukan di ratusan pasar raya sehingga menyebabkan kebakaran dan kerosakan bekalan makanan.

Insiden tersebut menimbulkan kebimbangan di Kesatuan Eropah (EU) mengenai kelemahan keselamatan prasarana yang disambungkan kepada rangkaian.

Sumber : AFP/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita