Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan sekolah Sweden: Angka korban kini 10; disifatkan insiden tembakan 'paling berdarah' dalam sejarah negara

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan sekolah Sweden: Angka korban kini 10; disifatkan insiden tembakan 'paling berdarah' dalam sejarah negara

Pasukan perkhidmatan kecemasan berada di tempat kejadian, di Sekolah Risbergska, di Örebro, Sweden, pada Selasa (4 Feb). (Gambar: Kicki Nilsson/TT News Agency menerusi AP)

Diterbitkan : 05 Feb 2025 09:26AM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 09:27AM
STOCKHOLKM: Kira-kira 10 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah bagi orang-orang dewasa, Sweden pada tengah hari Selasa (4 Feb).

Lelaki yang disyaki penembaknya dipercayai dalam kalangan mereka yang terbunuh.

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menyifatkannya sebagai insiden tembakan terburuk dalam sejarah negara itu.

"Ia adalah hari yang sangat menyakitkan bagi semua penduduk di Sweden," kata PM Kristersson di laman X.

Pertumpahan darah itu berlaku di bandar Orebro yang terletak kira-kira 200 kilometer ke barat ibu kota Stockholm.

Polis belum mendedahkan identiti penembaknya tetapi media tempatan menyatakan bahawa lelaki yang disyaki, berusia 35 tahun dan tiada rekod jenayah.

Motif serangannya belum diketahui namun polis percaya ia tiada kaitan dengan pengganasan.

Serangan di sekolah jarang sekali berlaku di Sweden, tetapi negara tersebut sebaliknya berdepan dengan insiden tembakan dan pengeboman yang dikaitkan dengan keganasan kumpulan yang membunuh berpuluh-puluh orang setiap tahun.
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan