Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Rusia ke atas klinik di Ukraine ragut 2 nyawa, puluhan lagi cedera

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Rusia ke atas klinik di Ukraine ragut 2 nyawa, puluhan lagi cedera

Gambar: Vitalii Matokha / AFP

KYIV: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera selepas peluru berpandu Rusia menembak sebuah klinik di bandar Dnipro di bahagian timur Ukraine.

Serangan itu memusnahkan hampir seluruh tingkat atas klinik tersebut manakala bangunan yang menempatkan klinik psikologi dan klinik haiwan hancur musnah.

Antara yang cedera termasuk sekurang-kurangnya dua kanak-kanak.

Kementerian Pertahanan Ukraine menyifatkan serangan berkenaan sebagai satu jenayah perang yang serius di bawah Konvensyen Geneva, yang menetapkan tindakan yang wajar terhadap askar serta orang awam semasa perang.

Manakala, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menyifatkan serangan itu sebagai satu lagi jenayah Rusia terhadap kemanusiaan.

Sumber : Reuters/AY/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan