Skip to main content

Dunia

Serangan Pisau Taipei: Suspek bertindak sendirian; rancang lebih awal

Siasatan awal menunjukkan bahawa serangan ganas di Stesen Utama Taipei dan Stesen Zhongshan dilakukan oleh seorang suspek yang bertindak sendirian menurut polis Taipei pada Sabtu (20 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Pisau Taipei: Suspek bertindak sendirian; rancang lebih awal
Pasukan forensik polis memasang garis kawalan di luar kedai buku Eslite Nanxi di Taipei, pada 19 Disember 2025. (Gambar: Central News Agency/AFP/Chang Hao-An)
TAIPEI: Siasatan awal menunjukkan bahawa serangan ganas di Stesen Utama Taipei dan Stesen Zhongshan dilakukan oleh seorang suspek yang bertindak sendirian menurut polis Taipei pada Sabtu (20 Dis).

Selepas menggeledah rumah suspek di Taipei dan Taoyuan serta menyoal siasat ibu bapanya, polis merumuskan bahawa kes itu melibatkan seorang individu yang bertindak sendirian semasa melakukan serangan secara ramcang.

Serangan bom asap dan pisau pada Jumaat malam mengorbankan tiga mangsa dan mencederakan 11 yang lain. Dua orang masih lagi dirawat di unit rawatan rapi. Suspek kemudian meninggal dunia selepas terjun dari sebuah bangunan ketika melarikan diri daripada polis.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Chang Wen, 27 tahun, adalah seorang penganggur dan mempunyai rekod jenayah lampau, dengan waran tangkap masih berkuat kuasa terhadapnya.

Polis menggeledah rumahnya selepas serangan itu dan menemui bom petrol di rumah dan hotel di mana dia menginap.

Sementara itu, Taiwan akan mempertingkat kehadiran polis dan menempatkan unit tindak balas pantas di tempat-tempat awam dan kawasan sesak untuk memastikan keselamatan serta kestabilan sosial, kata Presiden Lai Ching-te.

Semasa menziarahi mangsa yang cedera di hospital, Encik Lai berkata beliau sudah mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap latar belakang dan motif suspek, termasuk sama ada terdapat rakan subahat atau individu lain di sebalik serangan itu.

Perdana Menteri Taiwan Cho Jung-tai berkata serangan balas itu sebagai “tindakan sengaja”, walaupun motifnya tidak jelas buat masa ini.

Polis sudah mengeluarkan garis masa serangan tersebut, yang menunjukkan bahawa ia dirancang dengan teliti terlebih dahulu.

SERANGAN DIRANCANG LEBIH AWAL

Pada pukul 3.00 petang pada Jumaat, Chang mula membakar beberapa motosikal dan kereta di Chang’an East Road di Taipei.

Pada pukul 5.00 petang, dia membakar flat sewanya sebelum menuju ke Stesen Utama Taipei untuk melancarkan serangan.

Chang, yang memakai pelitup gas, topi hitam, gogal dan jaket kalis peluru, menarik troli lipat yang membawa bom asap ke laluan bawah tanah berhampiran Pintu Keluar M7 Stesen Utama Taipei, di mana dia membaling bom asap.

Dia kemudian kembali ke sebuah hotel berhampiran, di mana beliau mendaftar masuk dua hari sebelum itu, untuk mengambil pisau dan lebih banyak bom asap.

Selepas itu, Chang menuju ke kawasan berhampiran Stesen Zhongshan dan meluru masuk ke gedung Eslite di mana dia mengelar beberapa mangsa.

Chan meninggal dunia selepas terjun dari bangunan ketika cuba mengelakkan diri daripada ditahan oleh pihak polis.

Chang ialah seorang penganggur yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Polis difahamkan bahawa Chang diberhentikan kerja daripada khidmat tentera dua tahun lalu disebabkan oleh isu berkaitan arak, dan tidak bertegur sapa dengan keluarganya selama.

Tahap keselamatan sudah diperketatkan di seluruh Taiwan menyusuli serangan itu.

Jenayah ganas jarang berlaku di Taiwan, namun serangan pada 2014 mengemparkan pulau itu yang biasanya aman apabila seorang lelaki menikam secara rambang di stesen kereta api bawah Taipei, mengorbankan empat nyawa. Dalang serangan itu dihukum mati atas pembunuhan tersebut pada 2016.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita