Serangan perisian tebusan terhadap pembekal jejas bayaran gaji, jadual pekerja Starbucks
Starbucks pada Isnin (25 Nov) menyatakan bahawa serangan perisian tebusan yang menyasarkan salah satu pembekal sofwe telah menjejas keupayaannya untuk membayar gaji para kakitangannya dan menguruskan jadual mereka, menurut jurucakap syarikat tersebut.

(Gambar: AFP)
Menurut syarikat itu lagi, gangguan yang menjejas pengendali pihak ketiga telah mengganggu proses sandaran Starbucks yang menguruskan jadual kerja pekerja dan memantau waktu kerja mereka.
Gangguan itu bagaimanapun tidak menjejas khidmat pelanggan Starbucks.
Syarikat itu juga sedang berusaha untuk memastikan para pekerjanya dibayar gaji penuh dan mengehadkan sebarang gangguan atau kegenjotan, menurut jurucakap Starbucks.
Menurut The Wall Street Journal, syarikat sofwe berpangkalan di Britain, Blue Yonder yang menyediakan sofwe rantaian bekalan kepada Starbucks dan beberapa peruncit lain, menyatakan pada Khamis (21 Nov) bahawa ia mengalami gangguan akibat serangan perisian tebusan dan sedang berusaha untuk menghuraikan isu tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.