Skip to main content

Dunia

Serangan pengganas punca letupan tangki minyak di Jeddah

Kebakaran di sebuah tangki minyak di bandar pelabuhan Arab Saudi, Jeddah, berpunca daripada 'serangan pengganas', kata seorang pegawai kerajaan, lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan pengganas punca letupan tangki minyak di Jeddah

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2020 02:36PM Dikemas Kini : 24 Nov 2020 02:40PM

ISTANBUL: Kebakaran di sebuah tangki minyak di bandar pelabuhan Arab Saudi, Jeddah, berpunca daripada 'serangan pengganas', kata seorang pegawai kerajaan, lapor agensi berita Anadolu.

"Pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) Isnin, berlaku satu letupan yang menyebabkan kebakaran di tangki minyak di stesen pengedaran produk petroleum di utara bandar Jeddah," menurut agensi berita Saudi Press Agency(SPA) yang menukil seorang pegawai Kementerian Tenaga.

Bagaimanapun, sumber itu tidak menuduh mana-mana kumpulan yang melakukan serangan itu.

Beliau menambah, pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dan tiada korban jiwa dilaporkan.

Pegawai itu juga mengesahkan letupan tidak mengganggu pengedaran bekalan minyak dari stesen kepada pelanggan.

Sebelum itu, jurucakap Houthi, Yahya Saree, mengatakan kumpulannya membedil stesen pengedaran syarikat minyak milik negara Arab Saudi, Aramco di Jeddah.

"Kegiatan pengganas dan gangguan terhadap kemudahan penting bertujuan menyasarkan keselamatan dan kestabilan pengagihan bekalan tenaga global serta ekonomi dunia," tambah pegawai Saudi itu. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita