Skip to main content

Dunia

'Serangan' palsu Disneyland Paris cetus rempuhan

Sebahagian taman tema Disneyland di Paris ditutup awal hari ini (24 Mac)selepas kerosakan pada lifnya mencetuskan panik di kalangan pengunjung. 

Anggaran Waktu Membaca:
'Serangan' palsu Disneyland Paris cetus rempuhan

Disneyland Paris. (Gambar: Bertrand Guay/AFP)

Diterbitkan : 24 Mar 2019 06:26PM Dikemas Kini : 24 Mar 2019 06:29PM

PARIS: Sebahagian taman tema Disneyland di Paris ditutup awal hari ini (24 Mac) selepas kerosakan pada lifnya mencetuskan panik di kalangan pengunjung.

Pada awalnya, orang ramai melaporkan bahawa mereka mendengar bunyi tembakan dan letupan.

Mesej Twitter dari para pengunjung di taman itu menulis bahawa mereka tidak boleh ke mana-mana sementara yang lain menulis bahawa mereka diarah meninggalkan taman tema tersebut.

Namun sebenarnya, bunyi yang didengar itu datang dari sebuah lif yang rosak.

"Rempuhan berlaku akibat bunyi tersebut, kemungkinan disebabkan oleh sebuah lif atau tangga gerak," menurut seorang pegawai yang tidak mahu didedahkan identitinya.

"Orang ramai menjadi amat panik," menurut seorang saksi, yang menggelar dirinya Alexia, menurut AFP.

"Semua orang ingat yang ia adalah satu serangan. Setelah beberapa minit mereka menyuruh kami meninggalkan tempat itu dari belakang. Terdapat pegawai polis di merata tempat."

Pihak polis mengesahkan bahawa insiden tersebut seperti yang dilaporkan orang ramai adalah palsu.  

Sumber : AFP/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita