Serangan loji minyak Saudi: Menteri Luar Saudi tunggu hasil siasatan
Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir berkata Riyadh akan menunggu keputusan satu siasatan sebelum memberikan respons kepada serangan ke atas loji-loji minyak Abqaiq dan Khurais, Sabtu lalu.
RIYADH, SAUDI: Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir berkata Riyadh akan menunggu keputusan satu siasatan sebelum memberikan respons kepada serangan ke atas loji-loji minyak Abqaiq dan Khurais, Sabtu lalu.
Encik Adel menambah, siasatan awal mengesahkan senjata-senjata Iran digunakan dalam serangan tersebut.
Presiden Iran Hassan Rouhani sebaliknya berkata negaranya akan membentangkan satu pelan perdamaian di perhimpunan agung PBB, minggu depan.
Riyadh sementara itu sudah menjemput para penyiasat antarabangsa untuk menyertai siasatan tersebut, yang menurut Encik Adel berasal dari utara.
Dakwaan kumpulan pemberontak Houthi dari Yaman yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, telah ditolak Riyadh.
Riyadh sedang mengenal pasti lokasi tepat serangan itu dilancarkan.
Memberikan reaksinya, Iran sebaliknya memberi amaran, sebarang serangan balas ke atasnya oleh pihak Amerika atau Saudi berhubung serangan ke atas loji-loji minyak Saudi itu, akan mencetuskan "peperangan habis-habisan."
Menurut Panglima Tentera Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Hossein Salami, pihaknya tidak akan membiarkan saja sebarang serangan ke atas negaranya sambil memberikan amaran agar jangan membuat kesilapan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Amerika mengumumkan kerahan ribuan askar tambahan atas permintaan Saudi dan Amiriah Arab Bersatu semalam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.