Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan kereta api di Pakistan: Pasukan keselamatan bunuh 27 pengganas, selamatkan 155 penumpang

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan kereta api di Pakistan: Pasukan keselamatan bunuh 27 pengganas, selamatkan 155 penumpang
Penumpang, yang diselamatkan dari kereta api selepas ia diserang oleh pemisah, duduk di Stesen Kereta Api Mach di Mach, Balochistan, Pakistan, pada 11 Mac 11, 2025. (Gambar: REUTERS/Stringer)
Diterbitkan : 12 Mar 2025 04:22PM Dikemas Kini : 12 Mar 2025 04:39PM
NEW DELHI: Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 27 pengganas yang menyerang sebuah kereta api yang membawa lebih 400 penumpang dari Quetta di wilayah Balochistan ke Peshawar.

Kereta api Jaffar Express itu diserang ketika melalui sebuah terowong di daerah Bolan pada Selasa ( 11 Mac) petang.

Kumpulan militan terbabit meletupkan landasan kereta api dan mengambil tebusan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Kumpulan Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) yang diharamkan, mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, menurut laporan media Pakistan.

Sekurang-kurangnya 155 penumpang, termasuk 31 wanita dan 15 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, menurut laporan itu.

Seramai 17 orang yang cedera telah dibawa ke hospital.

Para pengganas dilaporkan "berhubung dengan dalang mereka di luar negara melalui telefon satelit," kata satu laporan yang memetik pegawai keselamatan.

 
Penumpang yang diselamatkan dari kereta api selepas ia diserang oleh pemisah, berjalan dengan barang-barang mereka di Stesen Kereta Api di Quetta, Balochistan, Pakistan, pada 12 Mac, 2025. (Gambar: Reuters)
Pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan bagi menyelamatkan baki tebusan yang tidak diketahui jumlahnya.

Mereka beroperasi dalam keadaan yang mencabar dan bertindak dengan berhati-hati kerana pengganas menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai manusia, menurut Menteri Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri Pakistan, Talal Chaudhry, kepada saluran televisyen Geo News.

Beliau berkata para penyerang telah membawa ramai tebusan ke kawasan pergunungan terpencil.

"Pasukan keselamatan sedang melaksanakan operasi berskala penuh, dan semua penumpang akan diselamatkan tidak lama lagi," kata Encik Chaudhry.

 
Sumber : Bernama/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan