Serangan Israel-Iran: PBB gesa redakan ketegangan
Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat tergempar UNSC pada 13 Jun 2025. (Gambar: Reuters)
HAMILTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (13 Jun) memberi amaran mengenai kesan serius di peringkat serantau dan global susulan tindakan saling berbalas serangan udara antara Israel dan Iran, sambil menggesa semua pihak menahan diri dan memperbaharui usaha diplomatik.
“Kesan serangan ini sudah mula dirasai di seluruh rantau dengan negara jiran menutup ruang udara mereka dan meletakkan pasukan keselamatan dalam keadaan berjaga-jaga,” kata Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Politik dan Pembinaan Keamanan Rosemary DiCarlo pada sesi tergempar Majlis Keselamatan mengenai Iran.
DiCarlo menegaskan semula pendirian Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres yang “mengecam sebarang peningkatan ketenteraan di Timur Tengah” dan menegaskan “kewajipan negara anggota mengikut Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa untuk tidak menggunakan kekerasan terhadap integriti wilayah atau kemerdekaan politik mana-mana negara.”
“Kita mesti mengelak sebarang konflik yang semakin meluas, yang boleh membawa kesan besar kepada dunia,” katanya.
Beliau berkata sebelum ketegangan itu memuncak, Iran dan Amerika Syarikat sedang bersedia menyambung semula rundingan di Oman dan menggalakkan kedua-dua pihak meneruskan usaha diplomatik.
“Penyelesaian damai melalui rundingan kekal sebagai kaedah terbaik untuk memastikan program nuklear Iran kekal secara eksklusif untuk tujuan damai,” katanya.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Mariano Grossi turut memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan dan mengesahkan berlaku kerosakan pada sebahagian kemudahan pengayaan uranium di Natanz.
Beliau berkata bahagian atas tanah bagi loji perintis pengayaan bahan api, tempat Iran memperkaya uranium sehingga 60 peratus, telah “dimusnahkan.”
Encik Grossi berkata paras radioaktif di luar kawasan tapak Natanz “kekal normal,” namun mengesahkan terdapat “pencemaran radiologi dan kimia di dalam kemudahan itu.”
Beliau menambah bahawa zarah alfa yang dikesan masih boleh dikendalikan dengan perlindungan radiasi yang sesuai.
“Serangan seperti ini membawa implikasi serius terhadap keselamatan dan perlindungan nuklear, serta keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa,” katanya.

Sumber : Bernama/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.