Skip to main content

Dunia

Serangan Israel di timur Gaza ragut 11 nyawa

Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada lewat Jumaat (17 Okt) memaklumkan bahawa serangan udara Israel mengorbankan 11 anggota keluarga selepas kenderaan mereka disasarkan tanpa amaran di kejiranan al-Zeitoun, timur Gaza City, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Israel di timur Gaza ragut 11 nyawa

Rakyat Palestin berjalan melepasi runtuhan bangunan di tengah-tengah gencatan senjata antara Israel dan Hamas, di Gaza City, pada 16 Oktober 2025. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 18 Oct 2025 01:51PM
ISTANBUL: Pertahanan Awam Palestin di Gaza pada lewat Jumaat (17 Okt) memaklumkan bahawa serangan udara Israel mengorbankan 11 anggota keluarga selepas kenderaan mereka disasarkan tanpa amaran di kejiranan al-Zeitoun, timur Gaza City, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap Pertahanan Awam, Mahmoud Basal berkata kenderaan yang membawa 11 anggota keluarga Shaaban, termasuk tujuh kanak-kanak dan dua wanita diserang sejurus selepas ia melintasi “garisan kuning”.

Beliau berkata serangan itu dilakukan tanpa sebarang amaran. 

“Adalah mungkin untuk memberi amaran atau bertindak dengan cara yang tidak mengakibatkan kematian.

“Namun apa yang berlaku membuktikan bahawa penceroboh masih dahagakan darah dan bertekad melakukan jenayah terhadap orang awam yang tidak berdosa,” katanya.

“Garisan kuning” ialah sempadan tidak rasmi yang memisahkan kawasan di mana tentera Israel ditempatkan daripada kawasan yang dibenarkan untuk pergerakan rakyat Palestin dalam Carikan Gaza.

Perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang dimeterai melalui pengantaraan serantau dan antarabangsa mula dikuatkuasakan pada 10 Oktober, menetapkan pengunduran sebahagian tentera Israel dari beberapa kawasan di Gaza ke kedudukan baharu dalam kawasan yang dikenali sebagai “garisan kuning”.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel mengorbankan hampir 68,000 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menyebabkan wilayah itu hampir tidak lagi layak didiami.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita