Serangan Israel bunuh 23 penduduk Gaza; arahan berpindah diperluaskan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
GAZA: Serangan Israel di seluruh Carikan Gaza membunuh sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin pada Selasa (25 Mac), kata pegawai kesihatan tempatan, sedang tentera Israel memperluaskan perintah untuk berpuluh-puluh ribu penduduk berpindah dari kawasan itu.
Tentera Israel meneruskan kempen menentang Hamas di Gaza seminggu lalu, yang melanggar gencatan senjata selama dua bulan. Sejak itu, hampir 700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh, kata pegawai kesihatan Palestin.
Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza telahpun kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran selama hampir 18 bulan perang dan menghadapi kekurangan makanan dan bekalan air yang semakin teruk selepas Israel menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan pada awal bulan ini.
Pada Selasa 925 Mac), tentera Israel memberitahu para penduduk di semua bandar di bahagian utara sempadan untuk berpindah, sambil mendakwa bahawa roket-roket telah dilancarkan ke arah Israel dari kawasan itu.
Bandar-bandar yang terjejas termasuk Jabalia, Beit Lahiya, Beit Hanoun dan Shejaia di Bandar Gaza. Perintah sama juga dikeluarkan untuk kawasan-kawasan di Khan Younis dan Rafah di bahagian selatan.
"Demi keselamatan anda, anda mesti bergerak segera ke selatan ke tempat-tempat perlindungan di sana," kata tentera dalam arahannya kepada para penduduk di Jabalia, kem pelarian terbesar di Gaza.
Para pegawai Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun mengatakan bahawa tidak ada kawasan yang selamat di Carikan Gaza.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata serangan semula itu bertujuan untuk memaksa Hamas supaya membebaskan baki 59 tebusan yang ditahannya di Gaza.
Sekitar 24 daripada mereka dipercayai masih hidup.
Hamas, yang menuduh Israel melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui pada 19 Jan, berkata ia bekerjasama dengan usaha baharu, yang diterajui oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat, untuk memulihkan ketenangan dan memuktamadkan perjanjian gencatan senjata tiga fasa.
Menurut beberapa sumber Hamas, tiada kemajuan dicapai sejauh ini.
Pertumpahan darah terbaharu dalam konflik Israel-Palestin yang sudah berdekad-dekad lamanya dicetuskan pada 7 Okt 2023, apabila Hamas menyerang Israel, membunuh 1,200 orang dan mengambil kira-kira 250 tebusan, menurut pengiraan Israel.
Serangan tentera Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 50,000 rakyat Palestin, menurut kementerian kesihatan tempatan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.