Serangan dron Ukraine ke atas Mosko bertujuan menakut-nakutkan dan cetus kemarahan, kata Putin
Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin menuduh Ukraine melakukan tindakan pengganasan selepas berlaku serangan dron terbesar ke atas ibu kota Mosko pada awal pagi Selasa (30 Mei).
Beliau menuduh pemerintah Ukraine mahu menakut-nakutkan rakyat Rusia menerusi tindakan provokasi itu.
Serangan berlaku di kawasan-kawasan mewah Mosko dan melanda tiga bangunan kediaman yang tinggi.
Bagaimanapun, tiada orang terbunuh atau cedera parah dan serangan itu tidak menyebabkan kerosakan besar harta-benda.
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan Ukraine menggunakan lapan dron dalam serangan itu yang disasarkan terhadap orang awam. Kesemua dron itu dapat ditembak jatuh atau dipesongkan ke tempat lain.
Pemerintah Ukraine bagaimanapun menafikan melakukan serangan di Mosko itu.
Amerika Syarikat pula menyatakan ia menentang serangan ke dalam wilayah Rusia.
Menurut Washington, ia hanya memberi tumpuan untuk membekalkan peralatan tentera dan melatih askar-askar Ukraine bagi menguasai semula wilayah negara mereka yang ditawan Rusia.

Sumber : Reuters/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.