Skip to main content

Dunia

Serangan di Ulu Tiram: 2 pelajar dibebaskan, 5 sekeluarga masih direman

Polis telah membebaskan tanpa syarat dua pelajar yang ditahan susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lepas (17 Mei) sehingga mengakibatkan dua anggota polis dan seorang suspek maut.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan di Ulu Tiram: 2 pelajar dibebaskan, 5 sekeluarga masih direman
Diterbitkan : 22 May 2024 02:13PM Dikemas Kini : 22 May 2024 04:02PM
JOHOR BAHRU: Polis telah membebaskan tanpa syarat dua pelajar yang ditahan susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lepas (17 Mei) sehingga mengakibatkan dua anggota polis dan seorang suspek maut.

Ketua Polis Johor Komisioner M. Kumar berkata pelajar lelaki dari sebuah kolej swasta berusia 22 tahun dan pelajar wanita dari sebuah institusi latihan berusia 21 tahun itu dibebaskan setelah pihaknya mendapat arahan dari pejabat Peguam Negara.

“Kedua-dua pelajar yang ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibebaskan tanpa syarat setelah mendapat arahan dari pejabat Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini (22 Mei).

Beliau bagaimanapun berkata siasatan terhadap lima anggota keluarga suspek yang ditaham reman sehingga 24 Mei ini masih diteruskan.

Encik Kumar turut menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau memanipulasi fakta menerusi komen di media sosial berkaitan insiden itu sehingga boleh menggugat ketenteraman awam dan mengganggu siasatan polis.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita