Skip to main content

Dunia

Serangan darat di Lubnan satu kemungkinan, kata Israel

Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Ketua tentera Israel memberitahu askar-askarnya pada Rabu (25 Sep) bahawa serangan udara ke atas Lubnan merupakan persiapan bagi sebarang kemungkinan untuk melancarkan operasi serangan darat terhadap Hezbollah, sedang para anggota diplomat berusaha mencegah perang besar-besaran.

Amerika Syarikat dan Perancis cuba mencapai perjanjian sementara untuk menghentikan serangan, dengan harapan satu rundingan dapat melaksanakan gencatan senjata di Gaza, kata Presiden Cyprus Nikos Christodoulides kepada Reuters ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Duta PBB Israel Danny Danon memberitahu para wartawan di New York bahawa Israel terbuka untuk melaksanakan gencatan senjata, dan memihak kepada penyelesaian diplomatik di Lubnan.

Sekiranya cara tersebut gagal, Israel akan melakukan segalanya untuk mencapai matlamatnya, kata Encik Danon.

Di mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Rabu di Lubnan, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata usaha diplomatik dipertingkatkan bagi mencapai gencatan senjata, dan perang besar-besaran perlu dielakkan sedaya upaya.

Israel memperluaskan serangan udaranya di Lubnan pada Rabu yang membunuh sekurang-kurangnya 72 orang, tulis kenyataan Kementerian Kesihatan Lubnan.

Sebelum ini, kementerian tersebut menyatakan sekurang-kurangnya 223 orang cedera.
Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken berkata Washington dan sekutunya sedang bekerja keras untuk mencegah perang besar-besaran antara Israel dengan Hezbollah, yang menyatakan ia tidak akan berhenti sehingga perang di Gaza berakhir.

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau akan menghantar Menteri Luarnya ke Lubnan minggu ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah sebarang perang daripada berlaku.

"Perang di Lubnan tidak boleh berlaku," katanya pada Rabu di mesyuarat tahunan PBB.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita