Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan Christchurch: Laporan pihak berkuasa dapati kelemahan pada agensi keselamatan NZ

Perdana Menteri New Zeland Jacinda Ardern berkata kerajaanya bersetuju untuk melaksanakan semua 44 saranan yang terkandung dalam laporan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan Christchurch: Laporan pihak berkuasa dapati kelemahan pada agensi keselamatan NZ

(Gambar: Sanka VIDANAGAMA / AFP)

Diterbitkan : 08 Dec 2020 06:04PM Dikemas Kini : 08 Dec 2020 06:06PM

WELLINGTON: Sebuah laporan Suruhanjaya Diraja New Zealand mengenai pembunuhan 51 orang di sebuah masjid di Christchurch tahun lalu mendapati agensi-agensi keselamatan negara itu lebih tertumpu kepada ancaman pengganasan pelampau Islam.

Pihak berkuasa juga dikritik kerana memperlekehkan aduan masyarakat Islam New Zealand tentang jenayah kebencian terhadap Islam yang semakin berleluasa.

Pihak polis negara itu juga gagal melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap lesen pemilikan senjata api.

Laporan setebal 800 halaman itu mendedahkan bahawa penyerangnya Brenton Tarrant, mengekalkan profil rendah dan tidak mendedahkan rancangannya kepada sesiapa.

Ia merumuskan tidak ada tanda-tanda jelas bahawa serangan itu akan terjadi selain dari manifesto yang dihantar Tarrant kira-kira lapan minit sebelum serangan itu dijalankan.

Jadi agak lewat untuk agensi pemerintah bertindak balas.

Ia juga mendapati agensi perisikan tidak memberi tumpuan kepada ancaman dari pelampau haluan kanan kulit putih.

Perdana Menteri New Zeland Jacinda Ardern berkata kerajaanya bersetuju untuk melaksanakan semua 44 saranan yang terkandung dalam laporan itu.

Beliau turut meminta maaf atas kekurangan agensi-agensi keselamatan terbabit.

Sumber : Agensi berita/RR/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan