Serangan bom nekad di pusat pemeriksaan Pakistan ragut 3 nyawa
Seorang pengebom nekad meletupkan bahan-bahan letupan yang berada pada tubuhnya hari ini (5 Sep) berdekatan sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di bahagian barat daya Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota separa tentera dan mencederakan lagi 15 individu, menurut polis.
Kesan serangan bom nekad di Quetta, Pakistan pada 5 September. (Gambar: AP)
QUETTA: Seorang pengebom nekad meletupkan bahan-bahan letupan yang berada pada tubuhnya hari ini (5 Sep) berdekatan sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di bahagian barat daya Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota separa tentera dan mencederakan lagi 15 individu, menurut polis.
Pegawai kanan polis, Encik Azhar Akram berkata bahawa penyerang itu berjalan ke arah pusat pemeriksaan yang dikawal oleh kumpulan separa tentera Frontier Corps di Quetta-Mastung Road, sekitar 25 kilometer dari Quetta, ibu kota daerah Baluchistan. Beliau mendedahkan beberapa anggota badan ditemui tidak jauh dari tempat kawalan menyusuli serangan bom itu.
Encik Akram menambah bahawa sebilangan individu yang mengalami kecederaan berada dalam keadaan tenat dan angka korban mungkin bertambah.
Tidak ada kumpulan yang mendakwa menjadi dalang di sebalik serangan pagi tadi tetapi kumpulan-kumpulan pemisah sebelum ini pernah mendakwa bertanggungawab melakukan serangan-serangan serupa ke atas pasukan-pasukan keselamatan.
Tentera Pembebasan Baluch dan Barisan Pembebasan Baluch yang diharamkan sudah hampir dua dekad melancarkan pemberontakan bertahap rendah, sambil menyeru bagi kebebasan untuk daerah yang kaya dengan gas dan bahan semula jadi itu. Militan Islam juga mempunyai pengaruh di daerah tersebut.
Bulan lalu, seorang pengebom nekad meletupkan bom berdekatan sebuah kenderaan yang sedang membawa para pekerja warga China sekali gus meragut nyawa dua kanak-kanak Pakistan yang sedang bermain di tepi jalan dan mencederakan seorang warga China serta dua rakyat Pakistan di bandar Gwadar.
Individu-individu yang dipercayai daripada puak pemisah pula pada bulan lalu melontarkan bom-bom tangan ke arah sebuah kedai menjual yang bendera-bendera negara di Quetta, membunuh seorang lelaki dan mencederakan lagi empat individu yang sedang membeli bendera-bendera tersebut untuk menyambut Hari Kemerdekaan Pakistan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.