Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan bom gereja Filipina: 5 anggota Abu Sayyaf serah diri

Seorang anggota kanan Abu Sayyaf dan empat anggota lain yang dipercayai mendalangi serangan bom ke atas sebuah gereja di selatan Filipina, menyerah diri kepada pihak berkuasa. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Oscar Albayalde hari ini (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Feb 2019 03:40PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:40PM

MANILA: Seorang anggota kanan Abu Sayyaf dan empat anggota lain yang dipercayai mendalangi serangan bom ke atas sebuah gereja di selatan Filipina, menyerah diri kepada pihak berkuasa. Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Oscar Albayalde hari ini (4 Feb).

Kammah Pae, yang dipercayai membantu pasangan Indonesia semasa serangan nekad pada 27 Jan, menyerah diri kepada pihak berkuasa, kata Encik Albayalde.

"Dia dipaksa menyerah diri," tambah beliau dalam satu sidang media. "Dia mungkin tidak mahu mati semasa serangan tentera."

Tentera Filipina membunuh tiga orang yang disyaki militan Abu Sayyaf. Lima anggotanya cedera dalam pertempuran pada Sabtu di Patikul, sebuah bandar di wilayah Sulu sedang pasukannya memburu dalang-dalang serangan tersebut.

Encik Albayalde berkata, Kammah menafikan dirinya terlibat dalam serangan bom kembar ke atas gereja Jolo yang meragut 23 nyawa, termasuk orang awam dan para askar. Namun, saksi-saksi mengatakan bahawa dialah yang membantu pasangan Indonesia itu.

Pasukan keselamatan juga menemui bahan letupan buatan sendiri (IED) dan komponen-komponen dari rumahnya, tambah Encik Albayalde.

Bagaimanapun, siasatan terhadap serangan di Sulu, yang diketahui sebagai kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf, masih "lagi belum berakhir", tambahnya.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan militan yang terkenal sebagai kumpulan ekstrem yang mengikrarkan taat setia kepada ISIS dan sering melakukan penculikan.

"Terdapat banyak lagi bukti yang perlu diteliti," kata Encik Albayalde.

Sebelum Presiden Filipina Rodrigo Duterte membayangkan pada Selasa (29 Jan) bahawa serangan bom kembar itu mungkin satu serangan nekad, tentera dan polis tempatan menyatakan bahawa bom mungkin diletupkan dari jauh.

Beberapa hari kemudian, Menteri Dalam Negeri Filipina, Eduardo Ano, berkata bahawa serangan nekad itu dilancarkan oleh pasangan Indonesia dengan bantuan Abu Sayyaf.

Ia selaras dengan pengakuan ISIS bertanggungjawab ke atas insiden itu menerusi agensi berita Amaq pada Isnin (28 Jan).  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan