Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Serangan baru Ukraine ke atas bandar Kherson tembusi benteng pertahanan Rusia

Mosko bagaimanapun menyatakan serangan balas Kyiv gagal menepati sasarannya, sedang Rusia melakukan pengeboman ke atas bandar pelabuhan Mykolaiv.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan baru Ukraine ke atas bandar Kherson tembusi benteng pertahanan Rusia

(Gambar: Sergei Supinsky/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 30 Aug 2022 08:59AM Dikemas Kini : 30 Aug 2022 08:59AM
MYKOLAIV, Ukraine: Ukraine menyatakan pihaknya berjaya menembusi benteng pertahanan musuh di sebilangan kawasan berhampiran bandar selatan Kherson sedang ia melancarkan kempen baru bagi menawan semula wilayah-wilayahnya manakala Mosko pula menyatakan serangan balas Kyiv gagal sedang Rusia membedil bandar pelabuhan Mykolaiv.

Langkah Kyiv itu dilaksanakan selepas beberapa minggu tiada kata putus dicapai dalam perang yang menyebabkan ribuan orang maut, jutaan lain terpaksa berpindah-randah, bandar-bandar musnah dan menyebabkan krisis tenaga dan makanan di tengah-tengah sekatan ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Tentera Ukraine mengebom feri-feri yang digunakan Mosko bagi membekalkan kawasan yang ditakluk Rusia di tebing barat sungai Dnipro di daerah Kherson, kata penasihat kanan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy, Oleksiy Arestovych.

Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan pada Isnin (29 Ogos) bahawa tentera Ukraine cuba melakukan serangan di kawasan Mykolaiv dan Kherson tetapi mengalami kemalangan jiwa yang besar, lapor agensi berita RIA.

"Percubaaan serangan musuh benar-benar gagal", dedahnya.

Namun bedilan roket-roket Ukraine menyebabkan bandar yang ditakluk Rusia, Nova Kakhovka tanpa air atau bekalan tenaga, menurut para pegawai penguasa tempatan yang dilantik Rusia.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan dari medan perang itu.

Pengeboman Rusia ke atas Mykolaiv baru-baru ini, yang masih berada di tangan Ukraine, meskipun Rusia banyak membedil kawasan itu, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut, sekitar 24 yang lain cedera dan rumah-rumah musnah, kata para pegawai di bandar tersebut dan saksi pada Isnin.

Koresponden Reuters melaporkan bedilan itu terkena rumah yang terletak benar-benar di sebelah sebuah sekolah, meragut satu nyawa.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa