September kemuncak El Nino, 'medan pertempuran' sebenar bagi Indonesia tangani kebakaran: Menteri Perhutanan
Anggaran Waktu Membaca:
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran hutan di Indonesia pada 30 Ogos 2026. (Gambar: AP/Andri Rizky Agustian)
JAKARTA: September ini dilihat bakal menjadi “medan pertempuran” sebenar bagi Indonesia dalam menangani kebakaran hutan dan tanah gambut apabila fenomena El Nino mencapai kemuncaknya.
Ini selepas republik tersebut masih berdepan risiko tinggi kebakaran hutan walaupun terdapat penurunan pada bilangan tapak kebakaran hasil usaha pemadaman yang dipergiatkan sejak sebulan lalu.
Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni berkata pemerintah menjadikan fenomena El Nino yang teruk pada 2015 sebagai penanda aras, memandangkan kekuatan fenomena tahun ini adalah setara, walaupun keluasan kawasan yang terbakar sehingga Julai adalah sekitar 202,004 hektar berbanding kira-kira 600,000 hektar bagi tempoh yang sama pada 2015.
"September ialah kemuncak El Nino. Alhamdulillah sekali lagi jumlah tapak kebakarannya menurun, harus kita pertahankan. Namun waspada, harus sangat waspada kerana September bagi saya ialah ‘medan pertempuran’ sebenar.
“Kita belum bebas daripada ancaman El Nino ini. Kita belum bebas sepenuhnya,” katanya dalam sidang media online pada Selasa, sambil menambah bahawa angka kawasan terbakar pada Ogos masih dalam proses pengiraan, termasuk menerusi pemeriksaan dron bagi memastikan ketepatan.
Encik Raja Juli berkata lima langkah akan kekal menjadi tumpuan utama usaha pemerintah pada September iaitu operasi pengubahsuaian cuaca (OMC), kaedah bom air, pemadaman kebakaran di darat, penguatkuasaan undang-undang dan peningkatan kesedaran orang ramai.
Pemerintah Indonesia sudah mengerahkan 53 aset udara untuk tujuan rondaan, OMC dan operasi yang menggunakan kaedah bom air dengan bantuan daripada Jepun dijangka diterima, manakala pesawat dari Rusia yang disewa oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) dijadualkan untuk dikerahkan ke Sumatra Selatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Berhubung aspek penguatkuasaan, Encik Raja Juli memaklumkan bahawa pihak polis sudah menamakan 89 suspek dalam kes kebakaran hutan dan tanah, sementara Kementerian Perhutanan sedang memproses 30 kes jenayah dan sudah mengeluarkan amaran kepada 52 pemegang permit perniagaan penggunaan hutan (PBPH), dengan enam daripadanya sudah dikenakan tindakan tegas.
Beliau menegaskan Indonesia akan meneruskan usaha untuk mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan terhadap negara-negara jiran.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.