Separuh penduduk dunia hidap penyakit mulut, menurut WHO
Anggaran Waktu Membaca:
Papan tanda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). (Gambar: AFP)
GENEVA: Hampir separuh daripada penduduk dunia, atau sejumlah 3.5 bilion orang, menghidap penyakit mulut.
Kebanyakan kes dikesan di negara berpendapatan rendah dan sederhana, lapor Astro Awani menukil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Penyakit mulut yang paling biasa ialah kerosakan gigi, penyakit gusi yang teruk, kehilangan gigi dan kanser mulut.
Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengakui kerosakan gigi yang tidak dirawat menjejaskan hampir 2.5 bilion penduduk dunia, menurut laporan Astro Awani itu lagi.
WHO menyatakan kos perbelanjaan yang besar dan ketiadaan peralatan pergigian yang khusus di kemudahan penjagaan kesihatan utama sebagai dua daripada banyak faktor penyakit mulut, terutamanya di negara miskin.
"Kesihatan mulut sudah lama diabaikan dalam kesihatan global, tetapi banyak penyakit mulut sebenarnya boleh dicegah," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Agensi itu mencadangkan semua negara menyertakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang saksama sebagai sebahagian daripada rancangan nasional mereka, dan mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan pergigian ke dalam model penjagaan kesihatan utama.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.