Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Separuh kanak-kanak bawah 5 tahun di Yaman kekurangan zat makanan - PBB

Kira-kira 400,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Yaman berisiko mati akibat kekurangan zat makanan disebabkan peperangan dan kemiskinan. Demikian menurut Agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Separuh kanak-kanak bawah 5 tahun di Yaman kekurangan zat makanan - PBB

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2021 10:30PM Dikemas Kini : 12 Feb 2021 10:40PM

DUBAI: Kira-kira 400,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun di Yaman berisiko mati akibat kekurangan zat makanan disebabkan peperangan dan kemiskinan. Demikian menurut Agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat (12 Feb).

Menurutnya separuh dari mereka yang menderita kekurangan zat makanan adalah dalam golongan usia yang paling berisiko, atau 2.3 juta kanak-kanak kecil.

"Jumlah ini satu lagi seruan meminta bantuan dari Yaman, yang mana setiap anak yang kekurangan zat makanan juga bermakna sebuah keluarga yang berjuang untuk terus hidup," kata
Ketua Program Makanan Dunia (WFP), Encik David Beasley, dalam satu kenyataan bersama.

Jumlah kanak-kanak Yaman yang berdepan dengan bahaya maut akibat kekurangan makanan meningkat kepada 400,000 orang, iaitu meningkat 22 peratus berbanding 2020.

"Lebih ramai kanak-kanak akan mati setiap hari, jika tiada tindakan diambil," kata Ketua Agensi Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Henrietta Fore.

"Pertubuhan kemanusiaan memerlukan sumber yang dapat diramal dengan segera dan akses tanpa halangan kepada masyarakat di lapangan untuk dapat menyelamatkan nyawa," katanya.

Agensi PBB juga memberi amaran bahawa sekitar 1.2 juta wanita hamil atau sedang menyusu anak dijangka menderita kekurangan zat makanan yang melampau pada tahun 2021.

"Krisis di Yaman melibatkan campuran toksik iaitu konflik, keruntuhan ekonomi dan kekurangan dana yang teruk untuk menyediakan pertolongan yang sangat diperlukan," kata Encik Beasley.

"Namun, ada jalan keluar untuk mengatasi isu kelaparan, iaitu makanan dan menghentikan keganasan," katanya.

Jutaan penduduk Yaman kini berada di ambang kebuluran dengan ekonomi yang hancur, sekolah dan hospital yang hampir tidak berfungsi, dan puluhan ribu penduduk terbunuh.

Menurut PBB, lebih tiga juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan hampir 80 peratus daripada 29 juta penduduknya memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan