Skip to main content

Dunia

Sepanyol kutuk 22 mukim baharu ditubuh Israel di Tebing Barat

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol kutuk 22 mukim baharu ditubuh Israel di Tebing Barat

Kota Lama, atau Old City di Baitulmakdis pada 17 Mei 2025. (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2025 04:08PM Dikemas Kini : 31 May 2025 04:09PM

MOSKO: Pemerintah Sepanyol mengutuk keras rancangan Israel untuk membentuk 22 mukim baharu di Tebing Barat Sungai Jordan. 

Ia menyifatkan tindakan itu melanggar hukum antarabangsa dan mengancam perdamaian.

"Permukiman di Tebing Barat haram di sisi hukum antarabangsa, menggugat usaha mencapai huraian dua wilayah, dan merupakan ancaman terhadap perdamaian," menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Sepanyol pada Jumaat (30 Mei).

Madrid juga meluahkan kebimbangan terhadap operasi tentera Israel yang sedang dijalankan di wilayah tersebut, termasuk tindakan di kem pelarian Jenin, Tulkarem, dan Nur Shams.

Selain itu, pasukan tentera Israel juga kerap melakukan serbuan besar-besaran, sekali gus melakukan kekerasan terhadap penduduk asal dan memaksa ribuan rakyat Palestin untuk berpindah keluar dari kediaman masing-masing.

Kementerian Luar Sepanyol sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menghuraikan konflik berkenaan atas dasar Negara Palestin yang merdeka, termasuk Gaza dan Tebing Barat, dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu kota Palestin.

Pada Khamis lalu (29 Mei), pemerintah Israel bersetuju dengan usulan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich untuk membentuk 22 mukim di Tebing Barat.

Usulan itu didakwanya bertujuan untuk memulihkan wilayah yang sebelumnya dikosongkan.

Selain itu, empat lagi mukim juga akan dibentuk dekat kawasan sempadan barat yang dikongsi Jordan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita