Sepanyol isytihar berkabung 3 hari susuli nahas kereta api laju
Anggaran Waktu Membaca:
MADRID: Perdana Menteri Sepanyol pada Isnin (19 Jan) mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari selepas sekurang-kurangnya 39 orang maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta api berkelajuan tinggi di wilayah Cordoba di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi.
Lebih 100 yang lain turut cedera dalam kejadian berhampiran bandar Adamuz, menurut pihak berkuasa pada Isnin (19 Jan).
Encik Pedro Sanchez mengumumkan bahawa tempoh tiga hari berkabung bermula malam semalam dan berikrar bahawa pihak berkuasa akan menyiasat punca kejadian, menurut penyiar RTVE.
“Kami akan mencari kebenaran, kami akan mendapatkan jawapannya, dan apabila ia diketahui, kami akan memaklumkannya kepada orang ramai dengan penuh ketelusan dan kejelasan,” katanya.
Jawatankuasa Siasatan Kemalangan Kereta Api dilaporkan sudah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.
Kejadian berlaku sekitar pukul 7.40 malam waktu tempatan pada Ahad (18 Jan) apabila sebuah kereta api dari Malaga ke Madrid tergelincir berhampiran Adamuz dan memasuki laluan bersebelahan.
Insiden itu menyebabkan sebuah lagi kereta api yang menuju ke selatan dari Madrid ke Huelva turut tergelincir.
Menurut pihak berkuasa wilayah, dua gerabak kereta api Alvia terjunam ke bawah benteng setinggi empat meter, menyukarkan usaha menyelamat, lapor El País.
Kementerian Dalam Negeri Sepanyol memaklumkan lima mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 24 lagi termasuk empat kanak-kanak mengalami kecederaan serius. Lebih 120 orang pula mengalami kecederaan ringan hingga sederhana.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.