Skip to main content

Dunia

Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia setuju usahakan pengiktirafan negara Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia setuju usahakan pengiktirafan negara Palestin

(Gambar: AFP/JOHN THYS )

Diterbitkan : 23 Mar 2024 10:25AM
MADRID: Sepanyol bersetuju dengan para pemimpin Ireland, Malta dan Slovenia untuk mengambil langkah pertama untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin.

Demikian menurut Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez pada Jumaat (22 Mac) berikutan mesyuarat Majlis Eropah di Brussels.

Encik Sanchez, yang mewakili Sepanyol, menjangkakan pengiktirafan tersebut untuk berlaku semasa tempoh perundangan empat tahun yang bermula tahun lalu.

Beliau memberitahu para wartawan bahawa perjanjian itu dicapai selepas bertemu dengan rakan-rakan sejawatannya dari Ireland, Malta dan Slovenia di luar perhimpunan Majlis itu pada Jumaat pagi.

"Kami bersetuju bahawa untuk mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau tersebut adalah dengan melaksanakan huraian dua negara, dengan negara Israel dan Palestin hidup bersama, dalam keamanan dan keselamatan," tulis kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ireland selepas mesyuarat tersebut.

Negara-negara Arab dan Kesatuan Eropah (EU) pada satu mesyuarat di Sepanyol yang diadakan pada November, akur bahawa huraian dua negara merupakan jawapan kepada konflik Palestin-Israel.

Sejak 1988, 139 daripada 193 anggota negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara Palestin.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita