Skip to main content

Dunia

Sepanyol beli vaksin cacar monyet sedang jumlah kes cecah 55

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol beli vaksin cacar monyet sedang jumlah kes cecah 55

(Gambar: Science Photo Library)

MADRID: Sepanyol akan membeli vaksin cacar monyet, kata Menteri Kesihatan pada Rabu (25 Mei), sedang jumlah kes penyakit itu mencecah 55 di negara tersebut.

Menteri Kesihatan Sepanyol Carolina Darias berkata pemerintah akan membeli vaksin Imvanex, yang dihasilkan oleh syarikat Denmark, Bavarian Nordic, namun beliau tidak mendedahkan bilangan dos yang akan dibeli.

Daripada keseluruhan jumlah kes cacar monyet di Sepanyol, 51 dicatatkan di wilayah Madrid, dengan kebanyakan kes dikesan terkait dengan sebuah sauna dewasa yang ditutup pada minggu lalu. Baki empat kes lain dicatatkan di Kepulauan Canary.
Di negara jiran, Portugal, penguasa kesihatan DGS mengesahkan 10 kes baru cacar monyet di negara itu pada Rabu, menjadikan jumlah terkumpul kes sebanyak 49.

DGS menyatakan semua kes yang disahkan cacar monyet dikesan pada lelaki dan kebanyakannya berusia bawah 40 tahun. Setakat ini, tiada orang yang dimasukkan ke hospital.

Madrid juga sudah mengenal pasti beberapa kediaman privet di mana penularan virus cacar monyet berlaku dan sebahagian daripadanya dikunjungi oleh pelawat dari Britain, kata jurucakap pentadbiran wilayah.

Pihak berkuasa Britain adalah yang pertama untuk melaporkan kes cacar monyet semasa penularan wabak itu baru-baru ini pada 7 Mei.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita